Tahniah Umi !

    الأب والأم: ملهمنا
 Ayah dan umi : inspirasi kami

 Ehem..ehem...

Assalamualaikum semua
   Udah lame bebenor teman tak update blog ni, hoho:p Baiklah tuan2 dan puan2 sekalian, kali ni teman nk berceghite skit. Erm, ceghite ni mengenai ayah ngan umi teman yg masih lagi nekad untuk menyambung pelajaran dalam usia yg hampir 5dekat walaupun dengan pelbagai kesusahan dan ujian yg perlu ditanggung tetapi tetap still kuat + tabah + bersemangat menghadapi semua itu.

   Lumrah seorang yang da berkeluarga menyambung pelajaran, memang tak lari dari pelbagai ujian dan dugaan. Kesabaranlah yang menjadi pengikat dan mengatasi segala2nya. Ya, itulah kuncinya.

   Kami masih ingat lagi, kalau tibanya waktu cuti sekolah, semua orang dapat berehat bersama keluarga, melancong mana2 tetapi lain pulak halnya dengan umi, time itu lah terpaksa gi kuliah, siapkan assigment, study group lah sebab jadual blajarnya memang cam tu, terpaksalah. 

  Walaupun sibuk begitu umi tetap cari masa untuk melayan kerenah kami adik beradik. Tak pernah terlupa pasal anak2. Makan minumnya, masalah belajar kami semua umi ambil tau, tak pernah miss! Kalo da tak de masa sgt kat rumah nak bercakap ke, bagi motivasi ke, bgi semangat ke, tempat yg paling sesuai  nak bagi semua tu ....jeng...jeng... ~dalam kete! Tu la tempat paling best umi nak bagi ceramah kat kami ni adik beradik!  Tempat paling "legend". hehe.

  Ayah pulak steady je walaupun sambung sampai tahap phd, buat cam biasa je, lelakikan. hehe:)
Tak nampak sgt assigment ayah, mungkin tak nak tunjuk kot walaupun kami tau byak kene buat tambah2 lagi tesis phd. huh... 

  Macam2 rintangan mereka lalui dalam keadaan usia mereka yang separuh abad tu, dengan kerja di pejabat lagi, anak2 lagi tetapi mereka tetap lalui semua tu seolah2 bulldozer yang dekat atas bukit. Sikit2 je tanah di atas bukit tu diambil, akhir sekali habis semua ditarah. (tak de kene mengena pun, saje je tulis) hehehehe. Dan dengan sebab itu lah membuat kami anak2 terharu dengan semua pengorbanan umi ayah.

  Setelah beberapa tahun menghadapi semua rintangan dan dugaan tu, ALHAMDULILLAH! 5 Jun 2013 umi telah berjaya berkonvo bersama2 kawannya di PICC, Putrajaya. Tahniah umi!


^.^

Atok dengan opah di hari konvokesyen anak sulungnya. 

Alhamdulillah sgt, nasib baik ayah dalam kalangan pesyarah, bolehlah kami sekeluarga semua masuk. Kalau tdak, atok, opah ngan ayah je la merasa masuk dalam dewan. Terima kasih ayah!

Daripada ayah untuk umi :)

Masih lagi kurang, takpe la. Walaupun ayong ngan abg mar tak dapat datang sbb kat oversea, anas ade ambik gambo! :p

Maksu + Umi


  Ok, cukup! Teman rase sampai sini je la cerita teman ni. Harap mike2 semua dapat kesan dari cerita teman ni. Usia bukan penghalang segalanya. hehe. Tahun dpan minta2 sempat pegi konvo ayah plak.
Terima kasih Ayah...terima kasih umi....
Mudah2an kami anak2 dapat contohi kalian berdua.




Sayang Umi 
Sayang Ayah
~Kalian la inspirasi kami~
"Ya ALLAH, kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihani kami dari kecil."