Tahniah Umi !

    الأب والأم: ملهمنا
 Ayah dan umi : inspirasi kami

 Ehem..ehem...

Assalamualaikum semua
   Udah lame bebenor teman tak update blog ni, hoho:p Baiklah tuan2 dan puan2 sekalian, kali ni teman nk berceghite skit. Erm, ceghite ni mengenai ayah ngan umi teman yg masih lagi nekad untuk menyambung pelajaran dalam usia yg hampir 5dekat walaupun dengan pelbagai kesusahan dan ujian yg perlu ditanggung tetapi tetap still kuat + tabah + bersemangat menghadapi semua itu.

   Lumrah seorang yang da berkeluarga menyambung pelajaran, memang tak lari dari pelbagai ujian dan dugaan. Kesabaranlah yang menjadi pengikat dan mengatasi segala2nya. Ya, itulah kuncinya.

   Kami masih ingat lagi, kalau tibanya waktu cuti sekolah, semua orang dapat berehat bersama keluarga, melancong mana2 tetapi lain pulak halnya dengan umi, time itu lah terpaksa gi kuliah, siapkan assigment, study group lah sebab jadual blajarnya memang cam tu, terpaksalah. 

  Walaupun sibuk begitu umi tetap cari masa untuk melayan kerenah kami adik beradik. Tak pernah terlupa pasal anak2. Makan minumnya, masalah belajar kami semua umi ambil tau, tak pernah miss! Kalo da tak de masa sgt kat rumah nak bercakap ke, bagi motivasi ke, bgi semangat ke, tempat yg paling sesuai  nak bagi semua tu ....jeng...jeng... ~dalam kete! Tu la tempat paling best umi nak bagi ceramah kat kami ni adik beradik!  Tempat paling "legend". hehe.

  Ayah pulak steady je walaupun sambung sampai tahap phd, buat cam biasa je, lelakikan. hehe:)
Tak nampak sgt assigment ayah, mungkin tak nak tunjuk kot walaupun kami tau byak kene buat tambah2 lagi tesis phd. huh... 

  Macam2 rintangan mereka lalui dalam keadaan usia mereka yang separuh abad tu, dengan kerja di pejabat lagi, anak2 lagi tetapi mereka tetap lalui semua tu seolah2 bulldozer yang dekat atas bukit. Sikit2 je tanah di atas bukit tu diambil, akhir sekali habis semua ditarah. (tak de kene mengena pun, saje je tulis) hehehehe. Dan dengan sebab itu lah membuat kami anak2 terharu dengan semua pengorbanan umi ayah.

  Setelah beberapa tahun menghadapi semua rintangan dan dugaan tu, ALHAMDULILLAH! 5 Jun 2013 umi telah berjaya berkonvo bersama2 kawannya di PICC, Putrajaya. Tahniah umi!


^.^

Atok dengan opah di hari konvokesyen anak sulungnya. 

Alhamdulillah sgt, nasib baik ayah dalam kalangan pesyarah, bolehlah kami sekeluarga semua masuk. Kalau tdak, atok, opah ngan ayah je la merasa masuk dalam dewan. Terima kasih ayah!

Daripada ayah untuk umi :)

Masih lagi kurang, takpe la. Walaupun ayong ngan abg mar tak dapat datang sbb kat oversea, anas ade ambik gambo! :p

Maksu + Umi


  Ok, cukup! Teman rase sampai sini je la cerita teman ni. Harap mike2 semua dapat kesan dari cerita teman ni. Usia bukan penghalang segalanya. hehe. Tahun dpan minta2 sempat pegi konvo ayah plak.
Terima kasih Ayah...terima kasih umi....
Mudah2an kami anak2 dapat contohi kalian berdua.




Sayang Umi 
Sayang Ayah
~Kalian la inspirasi kami~
"Ya ALLAH, kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihani kami dari kecil."








LEBIH DASYAT!

Apa sebenarnya yang nak dimaksudkan dengan lebih dasyat? Lagi dasyat daripada unta yang terlepas daripada tali penambatnya? Erm, perkara yg tak pernah aku fikirkan sebelum ni. Selepas melaluinya, baru aku sedar hal ini. Berat sungguh naa!

Suatu kenyataan daripada seorang junjungan yang mesti kita ikut dan patuh, Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, Daripada Abu Musa, daripada Nabi s.a.w , sabdanya : “ Jagalah Al-Quran ! , demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya , sesungguhnya Al-Quran itu lebih cepat lari meninggalkan kita daripada seekor unta yang terlepas daripada tali penambatnya “ ( Hadis diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya , Kitab Fadhoil Quran :: 4645 . Diriwayatkan juga yang seumpamanya oleh Imam Muslim, Imam At-Tirmidzie & Imam Ahmad ( rahimahumulLah ). ALLAHUAKBAR!

Inilah yang cuba aku maksudkan, betapa mudahnya AL-QURAN hilang dari hafalan kita. Jika bertanya kepada mana2 penghafal AL-QURAN, "menghafal lebih senang daripada mengingat". Ya. Tepat sekali! Tapi mengapa? Ha???

Menghafal memang mudah, ade sesetngah tu kalau otak yang dikurniakan oleh ALLAH sememangnya cepat 'pickup', setengah jam menghafal, terus tasmik pun boleh. Dan inilah anggapan kebnyakan dalam masyarakat. "Hafal je pun", "mengaji je, orang len lagi susah, belajar macam2", "Kalo tak boleh juga dalam bidang ni, memang budak yang low class la berbanding dengan orang yang ambil bidang lain". Aku teringat seorang ustaz yang sememangnya masyi pernah berkata, "kalau betul bidang ni mudah , suruh la mana-mana orang yang berpendapat seperti itu cuba ambil bidang ni, lihat! boleh atau tdak? Susah atau senang? Hanya 'ahli' nya saja yang tau.

Daripada hadis ini, kita boleh lihat betapa adanya perkara yang menjadi cabaran kepada mana2 hamilatul AL-QURAN. Suatu perkara yang menjadi paling wajib untuk dilihat dan diambil perhatian oleh semua Al-Huffaz. Apakah itu? MENGINGATInya ! Dan apa yang kita takuti ialah, Daripada Sa’ad Bin ‘Ubadah : Sesungguhnya RasululLah s.a.w pernah bersabda : Tiada seorang pun daripada orang yang mempelajari Al-Quran , kemudian dia lupa akan hafalannya itu melainkan akan menemui Allah kelak pada hari akhirat di dalam keadaan “ cacat anggotanya “ ~ Diriwayatkan di dalam Sunan Ad-Darimi, Hadis : 3206 , Kitab : Fadhoil Quran

Mana mungkin 'suatu' yang paling mulia dan berharga di dunia ni, mudah kita dapati melainkan banyak dugaan dan cubaan selain dilawan dengan usaha yang gigih dan sabar menghadapi cubaan dan dugaan tersebut dan disertai niat yang ikhlas. Dan itulah kuncinya yang sebenarnya....

Seorang sheikh pernah berkata, "kita yang hafal QURAN ni, syaitan yang goda kita bukan pribet2 je tapi semua nya jeneral2. Lihat! Bertapa kuatnya godaan pada orang yang bersama dengan Al-QURAN. Dan jalan penyelesaiannya lawan dengan sabar dan tabah. "Ya ALLAH, kuatkanlah Iman kami menghadapi semua rintangan ini".

Secara kesimpulannya, apa yang saya kongsikan ini, bukannya suatu dorongan untuk menjatuhkan semangat kita supaya tidak lansung berdamping dengan KALAMUALLAH, tetapi biarlah ia menjadi suatu semangat untuk menjadi lebih akrab dan dekat dengannya selain selalu 'mengikat'nya dengan ikatan yang sekuat-kuatnya agar tidak mudah terlepas.

Bagi yang sudah ada AL-QURAN di dalam hatinya, tidak kira sikit atau banyak, jagalah sebaik-baiknya dan rajinlah mengulang. Tidak kira siapa saja bahkan siapa yang ALLAH kurniakan ingatan yang kuat sekalipun mesti dan wajib mengulang untuk mengingatinya dan kerana itu juga adalah suatu amanah yang perlu dipelihara sebaiknya. Manakala kepada sesiapa yang bukan 'ahli'nya, terdapat juga kewajipan kepada mereka untuk membaca dan mengamalkannya. Seperti mana hadis Nabi S.A.W yang berbunyi, Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”


Semoga kelak kita dapat bersama2 mendapat syafaat dari KALAM ALLAH yang paling agung ni di akhirat, INSYA-ALLAH. "ALLAHuma Adghilna jannata bisyafa'ati Quran"

Wa ALLAHu 'alam.

Mengapa kah?

Selepas selesai je SPM, ummi dan ayah trus angtar aku ke maahad tahfiz di Pengkalan Hulu semata-mata untuk menghafal satu kitab yang paling suci dan mulia di dunia ni. Selama 2bulan setengah jugakla aku tinggal dekat situ, macam2 la aku dapat. Masuk hutan la, tanam pokok getah la,dan yang paling penting ape yang abg aku penah cakap sebelum aku pi maahad tu kononnya nak takutkan aku la tapi memang gerun hati ni mendengarnya "kalo kat sane, terpaksa la berkawan ngan babi hutan, dok lepak2 depan asrama sama2", nasib baik cumil2 belaka, hee:), aku da rase da smua tu. Ak da rase ape yg abg rase. Pas dapat result spm, perggghh....bese je, still kakyong ngan abg the best. tapi bese2 tu pun, tu yang dapat laktop sebiji ni, hahaha. Terima kasih umi, terima kasih ayah......

Pas tu, pening gak kepala, macam2 mintak, upu isi, temuduga maktab pi, temuduga dq ngan intim pi gak tapi dalam masa yang sama aku memang berharap dapat sambung belajar kat dq untuk trus an penjagaan Al-Quran yang telah aku hafal di pengkalan Hulu. Tapi lam banyak2 tu, aku tak tau pe yang akan dapat nanti, sabo je la~. Setelah tunggu punyer tunggu, akhirnyer.......ha, bidang Al-Quran jugak dapat. Tak la dapat di DQ. ALLAH ganti an DQ ngan Intim. Aku tetap bersangka baik ngan ALLAH, Intim la yang terbaik untuk aku sambung belajar.......itulah yang terbaik! huh.....(excited skit)

Tapi aku nak kongsi kat pembaca2 sekalian, dalam hal ini aku baru sedar nape ummi dan ayah beria2 nak aku isikan masa aku lepas spm tu dengan masuk mahaad tahfiz tu, rahmat ! rahmat !....Nabi S.A.W pernah bersabda,

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad).....

Mungkin itu antara sebabnya, aku terfikir juga kadang2 salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...ALLAH!

Erm, daripada susah payah dan usaha umi ngan ayah, macam2 anas dapat rasakan ALLAH anugerahkan, MASYALLAH! Bile aku da masuk MTQN ni baru la terpikir semua benda ni, banyak sgt ALLAH akan dan pasti anugerahkan pelbagai nikmat tanpa kita sedari kepada orang2 yang hampir dengan kitabnya ni, tambah2 lagi kepada orang yang dalam hatinya terdapat benda yang suci ni(Al-Huffaz)...ni baru je kat dunia, belum lagi kebaikannya di Akhirat nanti. ha?? bayangkan??? Dpat tak imagine kan? Kalo idak, tak lama la tu yop ~

Dari situ terjawabla semua knape? knape? dan knape? umi dan ayah nak sangat anaknya menjadi salah satu huffaz yang tersimpan dalam hatinya ayat2 yang takde saingannya didunia ni, yang dijadikan oleh Pemiliknya yang Agung, diturunkan pada bulan yang paling mulia, diwakilkan oleh pengutus sebaik2 manusia dan dinamakannya "Al-Quranul Karim"......Semoga sama2 kita dapat mendekatkan diri dengan kalamnya ini sentiasa....Insya-ALLAH!
 
P/S: Kali ni tajuk terskema plak, tak tau tjuk apa sesuai. Hehe :-)

Ahlan wasahlan..

Assalamualaikum,
Blog ana ni out of service la. Nanti kalo sudah siap, sama2 lah kita torjah ok. Salam satu Malaysia! ops!