LEBIH DASYAT!

Apa sebenarnya yang nak dimaksudkan dengan lebih dasyat? Lagi dasyat daripada unta yang terlepas daripada tali penambatnya? Erm, perkara yg tak pernah aku fikirkan sebelum ni. Selepas melaluinya, baru aku sedar hal ini. Berat sungguh naa!

Suatu kenyataan daripada seorang junjungan yang mesti kita ikut dan patuh, Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, Daripada Abu Musa, daripada Nabi s.a.w , sabdanya : “ Jagalah Al-Quran ! , demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya , sesungguhnya Al-Quran itu lebih cepat lari meninggalkan kita daripada seekor unta yang terlepas daripada tali penambatnya “ ( Hadis diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya , Kitab Fadhoil Quran :: 4645 . Diriwayatkan juga yang seumpamanya oleh Imam Muslim, Imam At-Tirmidzie & Imam Ahmad ( rahimahumulLah ). ALLAHUAKBAR!

Inilah yang cuba aku maksudkan, betapa mudahnya AL-QURAN hilang dari hafalan kita. Jika bertanya kepada mana2 penghafal AL-QURAN, "menghafal lebih senang daripada mengingat". Ya. Tepat sekali! Tapi mengapa? Ha???

Menghafal memang mudah, ade sesetngah tu kalau otak yang dikurniakan oleh ALLAH sememangnya cepat 'pickup', setengah jam menghafal, terus tasmik pun boleh. Dan inilah anggapan kebnyakan dalam masyarakat. "Hafal je pun", "mengaji je, orang len lagi susah, belajar macam2", "Kalo tak boleh juga dalam bidang ni, memang budak yang low class la berbanding dengan orang yang ambil bidang lain". Aku teringat seorang ustaz yang sememangnya masyi pernah berkata, "kalau betul bidang ni mudah , suruh la mana-mana orang yang berpendapat seperti itu cuba ambil bidang ni, lihat! boleh atau tdak? Susah atau senang? Hanya 'ahli' nya saja yang tau.

Daripada hadis ini, kita boleh lihat betapa adanya perkara yang menjadi cabaran kepada mana2 hamilatul AL-QURAN. Suatu perkara yang menjadi paling wajib untuk dilihat dan diambil perhatian oleh semua Al-Huffaz. Apakah itu? MENGINGATInya ! Dan apa yang kita takuti ialah, Daripada Sa’ad Bin ‘Ubadah : Sesungguhnya RasululLah s.a.w pernah bersabda : Tiada seorang pun daripada orang yang mempelajari Al-Quran , kemudian dia lupa akan hafalannya itu melainkan akan menemui Allah kelak pada hari akhirat di dalam keadaan “ cacat anggotanya “ ~ Diriwayatkan di dalam Sunan Ad-Darimi, Hadis : 3206 , Kitab : Fadhoil Quran

Mana mungkin 'suatu' yang paling mulia dan berharga di dunia ni, mudah kita dapati melainkan banyak dugaan dan cubaan selain dilawan dengan usaha yang gigih dan sabar menghadapi cubaan dan dugaan tersebut dan disertai niat yang ikhlas. Dan itulah kuncinya yang sebenarnya....

Seorang sheikh pernah berkata, "kita yang hafal QURAN ni, syaitan yang goda kita bukan pribet2 je tapi semua nya jeneral2. Lihat! Bertapa kuatnya godaan pada orang yang bersama dengan Al-QURAN. Dan jalan penyelesaiannya lawan dengan sabar dan tabah. "Ya ALLAH, kuatkanlah Iman kami menghadapi semua rintangan ini".

Secara kesimpulannya, apa yang saya kongsikan ini, bukannya suatu dorongan untuk menjatuhkan semangat kita supaya tidak lansung berdamping dengan KALAMUALLAH, tetapi biarlah ia menjadi suatu semangat untuk menjadi lebih akrab dan dekat dengannya selain selalu 'mengikat'nya dengan ikatan yang sekuat-kuatnya agar tidak mudah terlepas.

Bagi yang sudah ada AL-QURAN di dalam hatinya, tidak kira sikit atau banyak, jagalah sebaik-baiknya dan rajinlah mengulang. Tidak kira siapa saja bahkan siapa yang ALLAH kurniakan ingatan yang kuat sekalipun mesti dan wajib mengulang untuk mengingatinya dan kerana itu juga adalah suatu amanah yang perlu dipelihara sebaiknya. Manakala kepada sesiapa yang bukan 'ahli'nya, terdapat juga kewajipan kepada mereka untuk membaca dan mengamalkannya. Seperti mana hadis Nabi S.A.W yang berbunyi, Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”


Semoga kelak kita dapat bersama2 mendapat syafaat dari KALAM ALLAH yang paling agung ni di akhirat, INSYA-ALLAH. "ALLAHuma Adghilna jannata bisyafa'ati Quran"

Wa ALLAHu 'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan